Dasar


DASAR PENGURUSAN KOKURIKULUM
SEKOLAH KEBANGSAAN  MARIAN CONVENT, IPOH


1.      PERANAN JAWATANKUASA KOKURIKULUM SEKOLAH

1.1  Menentukan dan menyelaraskan segala Dasar Kokurikulum supaya selari dengan dasar yang ditetapkan oleh PPD/JPN/KPM dan Akta Pelajaran Negara.

1.2  Menyampaikan maklumat terkini mengenai program/aktiviti kokurikulum kepada
guru-guru dan murid.


2.      DASAR KOKURIKULUM SEKOLAH

2.1  MESYUARAT
2.1.1        Mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Kokurikulum Sekolah minimum 4 kali setahun.
2.1.2        Menetapkan jadual mesyuarat JK Kokurikulum setahun.
2.1.3        Menetapkan system fail/ format dokumen JK Kokurikulum Sekolah.
2.1.4        Setiap unit mesti mengadakan mesyuarat Agung selewat-lewatnya akhir bulan Februari setiap tahun.


2.2  PENGLIBATAN GURU DAN MURID
2.2.1        Semua guru dan murid Tahap 2 mesti  terlibat dengan 3 bidang kokurikulum iaitu:
i.                    Unit Beruniform
ii.                  Unit Persatuan dan Kelab
iii.                Unit Permainan
2.2.2        Murid Tahap 2 wajib hadir dan menjalankan aktiviti kokurikulum 2 jam seminggu bagi setiap unit.
2.2.3        Murid yang tidak hadir aktiviti kokurikulum selama 3 kali berturut-turut tanpa sebab akan dianggap ponteng dan diberi amaran. Sekiranya murid masih gagal menghadirikan diri akan diberi amaran bersurat dan ketidakhadiran 50% setahun dianggap tidak aktif dan tiada kegiatan kokurikulum akan dicatatkan dalam sijil berhenti sekolah.
2.2.4        Kad kehadiran setiap murid menjalankan aktiviti ditandatangani oleh guru-guru penasihat setiap unit. Setiap murid mesti mempunyai kad kehadiran kokurikulum.
2.2.5        Setiap guru mesti terlibat dengan 3 bidang kokurikulum dan dicatat kehadiran dalam buku pelaporan unit. Kehadiran adalah wajib bagi setiap guru semasa perjumpaan unit-unit kokurikulum.
2.2.6        Murid-murid diagihkan ke dalam semua unit kokurikulum mengikut kuota bilangan kaum bermula dari tahun 4. Keahlian pelajar perlulah seimbang mengikut kaum kecuali Unit Beruniform Pergerakan Puteri Islam dan Kelab Agama Islam yang diperuntukan kepada murid beragama Islam sahaja.
2.2.7        Pemilihan/ penglibatan  murid dalam setiap aktiviti kokurikulum mesti mendapat kebenaran ibu/bapa/penjaga. Borang keahlian dengan kebenaran ibu bapa /penjaga akan diedarkan semasa murid mendaftar pada tahun 4 dan murid yang baru mendaftar masuk sekolah.
2.2.8        Murid yang terpilih mewakili sekolah mesti mendapat kebenaran ibu bapa/ penjaga dengan mengisi borang kebenaran tanggungan yang disediakan oleh pihak sekolah.


2.3  PEMAKAIAN UNIFORM
2.3.1        Semua murid Tahap 2, dikehendaki memakai Uniform Unit Beruniform yang lengkap pada setiap hari Rabu  mengikut Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 8/2007             dan digalakkan memakai uniform Unit Beruniform pada hari aktiviti kokurikulum Unit Beruniform dijalankan.
2.3.2        Semua guru digalakkan memakai uniform lengkap seperti fasa 2.3.1  kerana guru merupakan contoh dan role model kepada murid. Guru Besar dan Penolong-Penolong Kanan juga digalakkan memakai uniform pada hari Rabu.


2.4  AKTIVITI KOKURIKULUM
2.4.1        Setiap murid wajib mewakili setiap satu bidang unit kokurikulum yang dipilih oleh sekolah dan wajib hadir pada setiap perjumpaan kokurikulum dijalankan selama 2 jam setiap minggu.
2.4.2        Murid tidak dibenarkan menukar aktiviti yang telah dipilih/tentukan pada Tahun 4. Murid diwajibkan mengikut setiap unit kokurikulum yang dipilih/tentukan sehingga tahun 6.  Keahlian Badan Unit Beruniform adalah tetap dan tertakluk Badan Induk Daerah/ Negeri.  Dalam aktiviti sukan/permainan atau  Persatuan /Kelab. Murid dibenarkan membuat pertukaran. Pertukaran itu akan diluluskan mengikut keadaan setelah mendapat kebenaran Penyelaras atau dari Penolong Kanan Kokurikulum.
2.4.3        Setiap murid mesti mematuhi peraturan, arahan dan displin semasa aktiviti kokurikulum dijalankan.
2.4.4        Setiap guru bertanggungjawab ke atas keselamatan murid-murid di bawah pengawasannya semasa menjalankan aktiviti dan memastikan setiap unit kokurikulum bergerak aktif mengikut program yang dirancang.
2.4.5        Setiap guru perlu mengadakan kertas kerja/ mengisi borang tuntutan ke atas setiap perbelanjaan yang berkaitan dengan aktiviti kokurikulum tertakluk kepada kemampuan kewangan sekolah.
2.4.6        Setiap guru hendaklah menyediakan laporan/ pencapaian  setiap aktiviti yang dijalankan selewat-lewatnya seminggu selepas aktiviti/program.


2.5  PERKHEMAHAN/LAWATAN/MOTIVASI
2.5.1        Penyelaras/ Guru Penasihat hendaklah membuat kertas kerja program dan berbincang dengan  PK Kokurikulum/PK HEM  tentang perbelanjaan program.
2.5.2        Guru Besar akan menentukan peruntukan kewangan yang digunakan iaitu Bantuan Kerajaan Kokurikulum atau SUWA Kokurikulum dan lain-lain.
2.5.3        Senarai nama, jantina, nombor surat beranak/kad pengenalan, alamat rumah, nombor telefon peserta program hendaklah lengkap.
2.5.4        Surat Kebenaran Ibu bapa atau Akuan Tanggungan  mestilah diberikan kepada peserta dan dikumpulkan semula sebelum atau selewatnya pada hari pertama perkhemahan/lawatan/motivasi.
2.5.5        Buat taklimat peraturan perkhemahan/lawatan/motivasi kepada semua peserta sehari sebelum atau pada hari pendaftaran.
2.5.6        Semasa perkhemahan/lawatan/motivasi sentiasa disemak/dipantau bilangan peserta program. Pastikan bilangan peserta sama dengan rekod pendaftaran peserta.
2.5.7        Pastikan tapak perkhemahan dalam keadaan bersih dan selamat.
2.5.8        Lawatan/perkhemahan/motivasi di luar kawasan sekolah perlu meminta kebenaran PPD/JPN dalam tempoh sebulan.


2.6  PENGLIBATAN NGO
2.6.1        Pelajar boleh menyertai aktiviti yang anjuran oleh NGO yang diluluskan oleh PPD/JPN/KPM  adalah  mengikut  prosedur 2.2.8.
2.6.2        Penyertaan murid dalam pertandingan anjuran NGO TANPA KEBENARAN PPD/JPN/KPM adalah di atas tanggungjawab   dan perbelanjaan ibu bapa/ penjaga murid sendiri. Pihak sekolah tidak bertanggungjawab di atas sebarang kesulitan dan keselamatan  murid semasa pertandingan. Murid tidak dibenarkan mengambil cuti tanpa rekod, rekod kedatangan ditulis “0” tidak hadir oleh guru kelas. Surat kebenaran sekolah kepada ibu bapa tidak boleh dikeluarkan.




Disahkan oleh:

………………………………………………………
(HJH ROGAYAH  BINTI  PILUS,PPT)
Guru Besar,
SK Marian Convent, Ipoh, Perak.

Tarikh: