Senarai Tugas


SENARAI TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB
GURU & MURID DALAM UNIT KOKURIKULUM
SENARAI TUGAS GURU PENOLONG KANAN KOKURIKULUM
 1.            Mukadimah
Guru Penolong Kanan Kokurikulum bertanggungjawab kepada Pengetua/Guru Besar untuk mencapai matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan.  Dengan itu,  Guru Penolong Kanan Kokurikulum bertanggungjawab bagi melicinkan pentadbiran, mempertingkatkan prestasi penglibatan dan penyertaan murid serta guru dalam aktiviti kokurikulum bagi mencapai Wawasan 2020.

2.        Bidang Tugas
2.1               Menjalankan tugas-tugas Pengetua/Guru Besar semasa ketiadaan Pengetua/Guru Besar, Guru Penolong Kanan Pentadbiran dan Guru Penolong Kanan HEM.
2.2               Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Pengetua/Guru Besar.
2.3               Bertanggungjawab kepada Pengetua/Guru Besar di dalam semua aspek pengurusan kokurikulum termasuk sidang petang.
2.4               Menyelia dan menilai aktiviti kokurikulum di sekolah.
2.5               Membantu Pengetua/Guru Besar di dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah termasuk sidang petang.

3.            Senarai Tugas
                3.1          Kokurikulum
                                3.1.1      Persatuan Dan Kelab
                                                                                      I.      Merancang kegiatan persatuan dan kelab
                                                                                    II.      Mengurus pemilihan peserta untuk kegiatan persatuan dan kelab
                                                                                  III.      Menyelia kegiatan persatuan dan kelab
                                                                                  IV.      Menyelaras aktiviti-aktiviti persatuan dan kelab di dalam dan di luar sekolah

                                3.1.2      Pasukan Pakaian Seragam
                                                                                      I.      Merancang kegiatan pasukan pakaian seragam
                                                                                    II.      Mengurus pemilihan peserta untuk kegiatan pasukan pakaian seragam
                                                                                  III.      Menyelia kegiatan pasukan pakaian seragam
                                                                                  IV.      Menyelaras aktiviti-aktiviti pasukan pakaian seragam di dalam dan di luar sekolah.

                                3.1.3      Kelab Sukan Dan Permainan
                                                                                      I.      Merancang kegiatan kelab sukan dan permainan
                                                                                    II.      Mengurus pemilihan peserta untuk kegiatan kelab sukan dan permainan
                                                                                  III.      Menyelia kegiatan kelab sukan dan permainan
                                                                                  IV.      Menyelaras aktiviti-aktiviti kelab sukan dan permainan di dalam dan di luar sekolah.

 3.2          Pentadbiran
 3.2.1      Menyelaraskan proses penubuhan kelab dan persatuan sebagaimana mengikut Peraturan (4)  
               dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998 seperti dalam Warta Kerajaan  
               Malaysia Jilid 42, No. 11, Tambahan No. 21, Perundangan (A): P.U.(A) 196 bertarikh 21hb. Mei
               1998.
3.2.2      Menyusun, menyelaras dan memantau takwim kegiatan kokurikulum sekolah
3.2.3      Menyediakan anggaran belanjawan pengurusan kokurikulum
3.2.4      Menentukan langkah-langkah keselamatan di dalam kegiatan kokurikulum telah diambil.
3.2.5      Membantu di dalam segala jenis penerbitan sekolah dalam hal kokurikulum.
3.2.6      Bertanggungjawab mengenai lawatan-lawatan anjuran pihak sekolah dengan mematuhi  
               Peraturan (Melancong) Sekolah 1957.
3.2.7      Menyelaras hari-hari perayaan dan upacara sekolah (saperti Hari Kokurikulum Sekolah).
3.2.8      Menyelaras pembahagian murid-murid ke dalam kegiatan kokurikulum serta meningkatkan
               tahap pencapaian.
3.2.9      Menguruskan alatan dan kemudahan untuk kegiatan kokurikulum.
3.2.10    Memastikan rekod dan data kokurikulum disenggarakan dan dihantar sesalinan ke Pejabat
               Pendidikan Daerah dan Pejabat Pendidikan Johor..
3.2.11    Menguruskan kursus dan latihan untuk guru dan murid dalam bidang berhubung dengan
               kokurikulum.
3.2.12    Mengenalpasti guru-guru dan murid-murid yang berpotensi dalam kegiatan kokurikulum dan
               mengadakan latihan untuk mereka.
3.2.13    Menyelaras pungutan, pembayaran dan tuntutan Skim Takaful Malaysia Berhad
3.2.14    Merancang aktiviti kokurikulum untuk murid-murid selepas peperiksaan dan semasa cuti
               sekolah.

 4.            Tugas-Tugas Lain
 4.1          Menanggotai Jawatankuasa-Jawatankuasa yang diluluskan oleh Pengetua/Guru Besar dari masa
                 ke semasa.
4.2          Melaksanakan arahan-arahan dan tugasan-tugasan lain yang diberikan oleh Pengetua/Guru  
                Besar dari masa ke semasa.
  SENARAI TUGAS SETIAUSAHA  KOKURIKULUM


 1.       Mengadakan notis Mesyuarat Jawatankuasa Induk Kokurikulum Sekolah.
2.       Mencatat minit mesyuarat Jawatankuasa Induk Kokurikulum Sekolah.
3.       Merekod, mencatat dan mendokumentasikan aktiviti kokurikulum di peringkat
              sekolah.
4.       Menguruskan papan kenyataan Kokurikulum sekolah.
5.       Membantu pihak pentadbiran dalam urusan  surat menyurat dalam bidang kokurikulum di peringkat sekolah.
6.       Membuat laporan tahunan aktiviti kokurikulum peringkat sekolah.
7.       Melaksanakan tugas yang diarah oleh Pentadbir  Sekolah yang berkaitan dengan Kokurikulum.

SENARAI TUGAS SETIAUSAHA SUKAN
 
 1.       Menyelaras dan menyelia aktiviti sukan sekolah dalam bidang olahraga dan sukan elit  di peringkat , sekolah, daerah dan negeri.
2.       Menyelaras latihan rumah sukan setiap minggu.
3.       Menyelia klinik olahraga  untuk guru dan para pelajar.
4.       Mengurus, mencatat dan merekod peralatan sukan sekolah.
5.       Mengurus bilik sukan dan stok peralatan sukan dengan sempurna dan kemaskini bersama Guru Ketua Rumah dan Pengurus dan Jurulatih Pasukan Sekolah serta Penyelaras Alatan Kokurikulum.
6.       Merancang dan menyelia sukan Tahunan Sekolah, Hari Merentas Desa dan Sukantara.
7.       Memastikan gelanggang sukan dan padang permainan adalah mengikutukuran yang betul serta mengurus persediaan dan penjagaan padang.
8.       Menyimpan rekod-rekod yang lengkap segala jenis perlawanan yang disertai oleh sekolah sama ada di peringkat zon, daerah, negeri, kebangsaan, persahabatan dan sebagainya. Mengandungi:
a.       Tarikh
b.      Jenis pertandingan/ perlawanan
c.       Pasukan yang terlibat
d.      Tempat pertandingan
e.      Keputusan pertandingan/ pencapaian pasukan.
9.       Menjadi Ahli Jawatankuasa merangka aktiviti selepas UPSR  dan peperiksaan dalaman.
10.   Mewakili Penolong Kanan Kokurikulum sekiranya perlu.
11.   Melaksanakan tugas yang diarah oleh Pentadbir Sekolah yang berkaitan dengan Kokurikulum dan Sukan .

SENARAI TUGAS PENYELARAS PERSATUAN/KELAB/UNIT BERUNIFORM
 
 1.       Mengatur dan menyelia perjalanan persatuan/kelab/unit beruniform.
2.       Menyediakan jadual waktu untuk perjumpaan dan mesyuarat.
3.       Menyelaras semua aktiviti.
4.       Menyediakan borang kebenaran ibu bapa / penjaga untuk memasuki
               persatuan / kelab / unit berniform.
5.       Menentukan aktiviti, surat-menyurat dan minit mesyuarat difailkan dengan baik.
6.       Memastikan peraturan Perlembagaan dan Minit Mesyuarat Agung direkodkan dan difailkan.
7.       Memastikan mesyuarat agung dan pemilihan AJK diadakan setiap tahun pada tarikh yang ditetapkan.
            8.   Menguruskan buku / kad kokurikulum:
                  Mengagihkana kad kokurikulum kepada guru  untuk diedarkan kepada semua murid.
                  Mengutip kembali dari guru pada akhir tahun untuk simpanan dan rekod di  bilik
                  Penolong Kanan Kokurikulum
       9.   Menyediakan borang / buku / fail yang diperlukan untuk aktiviti:
a.       Borang memasuki persatuan.
b.      Borang senarai AJK dan ahli.
c.       Buku Lapaoran / Fail kegiatan
d.      Fail-fail yang diperlukan.
      10.  Mengumpulkan rancangan tahunan pada awal tahun untuk edaran, rujukan dan rekod
       11.  Mengumpulkan laporan tahunan dan buku / fail kegiatan untuk edaran, rujukan dan rekod.
       12. Membuat laporan tahunan keseluruhan tentang aktiviti dan pencapaian kokurikulum sekolah.

Tugas dan Tanggungjawab Penyelaras Alatan Kokurikulum &Sukan
 1.       Membuat agihan tugas kepada jawatankuasa untuk sentiasa memantau dan menyelenggara alatan.
2.       Menyediakan  buku stok  untuk semua jenis alatan sukan dan kokurikulum yang dibeli dari peruntukan wang SUWA  Kokurikulum , Sukan dan sumbangan.
3.       Menyedia buku Rekod Penggunaan/Pinjaman.
4.       Memastikan guru-guru merekod semasa membuat pinjaman dan  memulangkan alatan di stor.
5.       Memastikan pemulangan alatan yang dipinjam/ digunakan  dalam keadaan baik.
6.       Melarang murid mengambil alatan tanpa guru pengiring.
7.       Sentiasa memastikan bilik alatan/ stor sukan dan  bilik kokurikulum  kemas dan teratur.
8.       Menyusun alatan bersama jawatankuasa, Setiausaha Sukan, Guru sukan permainan dan pasukan sekolah secara berkala.
9.       Membuat pesanan penambahan peralatan semasa yang diperlukan sekurang-kurangnya sebulan dari tarikh diperlukan.
10.   Melaporkan  segala masalah dan kerosakan peralatan  kepada Penolong Kanan Kokurikulum dan Guru Besar dan berbincang untuk mengatasi.
      11.  Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dan Penolong Kanan Kokurikulum   
            dari semasa ke semasa

Senarai Tanggungjawab Guru Pemimpin/Penasihat Persatuan
 1.       Memastikan Mesyuarat Agung diadakan bagi tujuan melantik Ahli Jawatankuasa.
2.       Memastikan  ada Perlembagaan dan Peraturan.
3.       Memastikan aktiviti selaras dengan objektif sekolah.
4.       Memastikan Jawatankuasa menjalankan tugas seperti  terkandung dalam Perlembagaan.
5.       Merancang aktiviti tahunan dengan kerjasama pelajar.
6.       Memastikan aktiviti berjalan mengikut jadual yang ditetapkan.
7.       Merancang strategi untuk peningkatan kecemerlangan Pasukan Pakaian Seragam, Kelab/Persatuan dan Kelab Sukan/Permainan.
8.       Memastikan pengurusan kewangan dan harta benda/peralatan diurus dengan baik.
9.       Memastikan Minit Mesyuarat dan Laporan Aktiviti disedia dan difailkan.
10.   Mendaftarkan Pasukan Pakaian Seragam, Kelab Persatuan dan Kelab Sukan/ Permainan kepada Pengetua/Guru Besar atau Badan Induk.
11.   Bertanggungjawab memberi bimbingan dan tunjuk ajar serta galakan kepada ahli-ahli.
12.   Mengurus penyertaan ahli-ahli dalam kegiatan di peringkat sekolah/zon/daerah/negeri dan kebangsaan dengan baik.
13.   Mengiringi ahli  dalam lawatan atau projek yang dijalankan .
14.   Bertanggungjawab mencatat penglibatan dan pencapaian ahli.
15.   Menandatangani kad dan Borang Kehadiran Ahli.
16.   Menghadiri perjumpaan atau mesyuarat yang berkaitan dengan unit yang diwakili .
17.   Menentukan Papan Kenyataan digunakan dengan sepenuhnya.
18.   Memastikan tidak ada unsur subversif tersebar di kalangan ahli.
19.   Mencadangkan nama ahli yang layak menerima Sijil Penghargaan kepada Jawatankuasa Kokurikulum Sekolah.
20.   Bekerjasama dengan pihak sekolah dalam menjayakan sesuatu program.
21.   Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua/Guru Besar dari semasa ke semasa. 


    Tugas dan Tanggungjawab  Guru Permainan 

1.       Membentuk  Ahli Jawatankuasa.
2.       Merancang meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan minat murid dalam permainan
3.       Berusaha mendapat khidmat nasihat dari mereka yang pakar.
4.       Memastikan undang-undang  permainan dan perlawanan dipatuhi.
5.       Memilih dan melatih pasukan sekolah mengikut jadual dan takwim kokurikulum sekolah yang
telah ditetapkan atau pun pada waktu lain yang dipersetujui oleh Penolong Kanan Kokurikulum atau Setiausaha Sukan.
6.       Menganjurkan perlawanan antara Rumah Sukan/Kelas/Sekolah berdekatan.
7.       Membantu pasukan sekolah untuk pertandingan MSSN dan melatihnya.
8.       Menguruskan pengangkutan dengan bantuan Penolong Kanan Kokurikulum atau Setiausaha Sukan untuk pasukan sekolah ke pertandingan luar
9.       Mengurus surat kebenaran ibu bapa/ penjaga untuk pertandingan yang disertai.
10.   Menyediakan anggaran perbelanjaan untuk peralatan dana pengurusan.
11.   Menentukan peralatan dan kemudahan permainan sentiasa dalam keadaan baik, selamat dan mencukupi untuk digunakan.
12.   Menyemai semangat kesukanan di kalangan murid.
13.   Merancang aktiviti tahunan dengan Guru Rumah Sukan.
14.   Menilai prestasi pasukan sekolah dan mengambil langkah-langkah untuk mempertingkatkan.
15.   Merekod nama pemain-pemain dan pasukan yang cemerlang (johan zon/ daerah/ negeri, wakil zon/daerah/negeri dan negara). Menyimpan salinan sijil setiap penyertaan yang diperolehi.
16.   Menghadiri kursus permainan yang dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan, Majlis Sukan Negeri dan Persatuan permainan/Sukan.
17.   Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dan Penolong Kanan Kokurikulum dari semasa ke semasa.

Tugas dan Tanggungjawab Guru Rumah Sukan
1.       Menyediakan senarai ahli rumah sukan yang lengkap mengikut kelas.
2.       Mengagihkan murid dalam rumah kepada beberapa acara sukan dan permainan.
3.       Membentuk jawatankuasa rumah di kalangan murid meliputi olahraga dan permainan.
4.       Mengadakan mesyuarat Agung.
5.       Menyusun program latihan untuk peserta setiap rumah sukan.
6.       Bekerjasama dengan guru-guru lain untuk menyediakan trek sebelum dan semasa sukan.
7.       Menyediakan alatan sukan dan permainan untuk  semua murid yang mengambil bahagian.
8.       Menyediakan khemah untuk murid yang mengambil bahagian berkumpul
9.       Mengaturkan  murid untuk majlis penutup hari sukan dan permainan.
10.   Menyediakan makanan dan minuman untuk semua murid yang mengambil bahagian dalam sukan dan permainan.
11.   Mengemas padang  selepas selesai majlis penutup hari sukan dan permainan.
       12  Memulangkan semula alatan sukan dan permainan yang telah digunakan ke tempat yang  
               ditetapkan dalam stor sukan.
13.   Sentiasa berbincang dengan Setiausaha Sukan, Penolong Kanan HEM dan Penolong Kanan Kokurikulum sekiranya menghadapi masalah.
14.   Memastikan laporan aktiviti Rumah Sukan disediakan untuk edaran dan rekod.
15.   Merekod dan melaporkan pencapaian cemerlang murid kepada Setiausaha Sukan untuk dicalonkan sebagai wakil sekolah.
16.   Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dan Penolong Kanan Kokurikulum dari semasa ke semasa

Tanggungjawab Ahli Jawatankuasa Persatuan

1.            Pengerusi
 1.1          Mempengerusikan  mesyuarat yang diadakan.
1.2          Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala tindakan yang diputuskan   diambil   
              tindakan sewajarnya.
1.3          Membincangkan   semua   program   dan   aktiviti   mingguan,   semester dan tahunan bersama-
               sama ahli jawatankuasa dan guru penasihat.
1.4          Memastikan semua kegiatan yang dirancang dapat dijalankan dengan baik.
1.5          Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Pemimpin dari semasa ke semasa

2.            Naib Pengerusi
 2.1          Membantu  pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diberi.
2.2          Mempengerusikan mesyuarat jika pengerusi tidak dapat hadir.
2.3          Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Pemimpin dari semasa ke semasa.

3.            Setiausaha
 3.1          Mencatat minit mesyuarat dan mengedarkannya kepada ahli.
3.2          Menyediakan laporan semester dan laporan tahunan untuk diselia oleh Guru Pemimpin.
3.3          Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Pemimpin dari semasa ke semasa.

4.            Penolong Setiausaha
 4.1          Membantu Setiausaha menjalankan segala tugas dan tanggungjawabnya.
4.2          Berkerjasama dengan setiausaha.
4.3          Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Pemimpin dari semasa ke semasa.

5.            Bendahari
 5.1          Mengutip wang derma daripada ahli.
5.2          Mencatat wang masuk dan keluar dalam laporan kewangan.
5.3          Menyerahkan segala kutipan untuk disemak dan disimpan oleh Guru Pemimpin.
5.4          Mengeluarkan resit bagi penerimaan dan pembayaran yang dibuat.
5.5          Memastikan akaun sentiasa dikemaskini.

6.            Ahli Jawatankuasa
 6.1          Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti yang  dilaksanakan dengan         
                  sebaik  mungkin..
6.2          Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Pemimpin.

7.            Pemeriksa Kira-Kira
 7.1          Memeriksa dan menyemak serta mengesahkan penyata kewangan pada akhir tahun.
7.2          Memastikan pengurusan kewangan diuruskan dengan betul.